Saturday, November 15, 2008

YB BALIK PULAU...


Ahli Parlimen
untuk P53 Balik Pulau, Pulau Pinang

Mohd Yusmadi Mohd Yusoff merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Dr. Norraesah Mohamad dengan majoriti sebanyak 708 undi. Beliau memperolehi 15,749 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,041 undi.

Yusmadi merupakan seorang peguam, penulis dan penganalisa politik.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Korok, Balik Pulau. Beliau meneruskan pengajian menengah di SMKA Al-Mashoor (L) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam jurusan Undang-Undang.
Penglibatan beliau di dalam kes-kes hak asasi manusia dan hak awam telah melayakkan beliau dipilih sebagai Fellow Hubert H. Humphrey di dalam bidang Hak Asasi Manusia dan Undang-Undang di American University Washington College of Law di Washington D.C.
Yusmadi merupakan Exco Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan juga merupakan Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa. Baru-baru ini beliau telah dipilih sebagai Karyawan Tamu Demokrasi dan Pembangunan (Fellow Democracy & Development) di Universiti Stanford di California.

No comments: