Saturday, November 8, 2008

JUARA DEBAT ASEAN...







assalamualaikum.........


petikan dari buletin blog hafizdasar.com


Sekalung Tahniah di ucapkan kepada Moderator tetap hafizdasar.com saudara Salman diatas kemenangan beliau dalam pertandingan debat Bahasa Arab peringkat ASEAN.
Buat kali pertama dalam sejarah perdebatan Bahasa Arab Asean, perlawanan akhir mempertemukan kedua-dua pasukan dari UIAM buat kali kedua berturut-turut.Pasukan UIAM 1 telah memenangi kejohanan ini setelah berhempas-pulas berhadapan dengan pasukan terkuat dari universiti di Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei.Pasukan ini juga merupakan johan tahun 2007.
Moderator kita juga berjaya mempertahankan anugerah pendebat terbaik selama dua tahun berturut-turut. Tahniah sekali lagi!!

.........................................................................................



sebenarnya...abg salman pernah menjadi pelajar dan juga guru gantian di al mashoor ini(tak silap saya 3 bulan kot).Pada minggu-minggu terakhir beliau di smka al-mashoor(l),beliau menceritakan pengalaman eksklusifnya di depan pelajar dan guru-guru dalam satu perhimpunan rasmi.Beliau berkata ...tujuan dan matlamat hidupnya berubah apabila membaca kata-kata imam Malik(kalau tak silap).......lebih kurang berbunyi begini......"tiada kata-kata yang boleh dianggap sahih kecuali kata-kata Nabi Muhammad".Beliau juga terlibat dalam bidang perdebatan ini secara tidak sengaja apabila berlaku kekosongan tempat dalam pasukan debat smka al mashoor lelaki ketika itu.Beliau seterusnya dipelawa menyertai pasukan itu dan akhirnya menjadi pendebat terbaik kebangsaan....

No comments: