Friday, April 17, 2009

Kejatuhan khalifah..

IN THE NAME OF ALLAH,THE MOST GRACIOUS,THE MOST MERCIFUL


Aku jadi teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai runtuhnya sistem khalifah islam ni.Pernah seorang abg fasi(pmiusm) dkt nadwah kepimpinan sekolah aku bercerita dengan lanjut bagaimana dalam satu malam sultan abdul hamid dijatuhkan oleh beberapa orang jemaah menterinya serta dihalau ke luar negeri bersama-sama dengan keluarganya..

cerita lebih lanjut.....


Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan ke-2 bin Abdul Majeed
Khan. Beliau adalah putera kepada Sultan Abdul Majeed (dari isteri kedua).
Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 7 tahun. Khalifah Abdul Hameed
boleh bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Farsi. Beliau juga mengkaji beberapa
buku tentang kesusasteraan dan puisi. Apabila ayahnya, Abdul Majeed meninggal
dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak lama
sebagai Khalifah. Beliau dipaksa turun dari tahta dan kemudiannya dibunuh oleh
musuh politik kerajaan Uthmaniyyah. Beliau diganti oleh Sultan Murad, anak
lelakinya, tetapi beliau juga diturunkan dari tahta dalam jangkamasa yang pendek
kerana didapati tidak berkemampuan memerintah.


Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Khalifah Abdul Hameed dilantik
menjadi Khalifah dengan disertai bai'ah oleh umat Islam. Beliau berusia 34 tahun
ketika itu. Khalifah Abdul Hameed menyedari, sebagaimana yang beliau nukilkan di
dalam catatan hariannya, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga
perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk
menjatuhkan Kerajaan Islam.

Peribadi Khalifah Abdul Hameed telah dikaji
hebat oleh ahli sejarah. Beliau diberikan kepimpinan sebuah negara yang sangat
besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang. Beliau menghabiskan lebih
30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi dan
perubahan yang tidak berhenti. Khalifah Abdul Hameed sendiri meluahkan
perasaannya tentang perkara ini di dalam tulisan dan puisinya. Ini adalah satu
contoh puisi beliau yang ditulis tangan (gambar tidak disertakan), yang diambil
dari buku ,"Bapaku Abdul Hameed," yang ditulis oleh anak perempuannya Aisha.


Terjemahan puisi tersebut adalah seperti berikut:

Tuhanku, aku
tahu kaulah al-Aziz...dan tiada yang selainMu yang
Kaulah Satu-Satunya, dan
tiada yang lain
Ya Allah, pimpinlah tanganku dalam kesusahan ini
Ya
Allah, bantulah aku dalam saat-saat yang kritikal ini

Masalah pertama
yang dihadapi beliau adalah Midhat Pasha.

Midhat Pasha terlibat
secara sulit freemasone dalam pakatan menjatuhkan bapa saudara Khalifah Abdul
Hameed. Apabila Khalifah Abdul Hameed menjadi Khalifah, beliau telah melantik
Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri-menteri kerana Midhat sangat popular
ketika itu dan Khalifah Abdul Hameed perlukan 'insuran' untuk terus memegang
kepimpinan. Midhat Pasha bijak menjalankan tugasnya tetapi beliau terlalu
mengikut pandangannya sendiri sahaja. Midhat Pasha juga disokong oleh satu
aliran yang kuat dari Majlis Syura (Parlimen). Dengan bantuan dari golongan ini,
Midhat Pasha berjaya meluluskan resolusi untuk berperang dengan Rusia. Khalifah
Abdul Hameed tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau kemungkinan akan
dijatuhkan sekiranya cuba bertindak. Kekalahan peperangan tersebut bagaimanapun,
cuba dipertanggung-jawabkan ke atas Khalifah Abdul Hameed oleh
penyokong-penyokong Midhat itu. Bagaimanapun, setelah sesuai masanya, Khalifah
Abdul Hameed telah berjaya menggunakan perselisihan antara beliau dengan Midhat
Pasha untuk membuang Midhat ke Eropah. Rakyat dan para pemerhati politik
menyokong penuh tindakan berani dan bijak Khalifah Islam ini.

Kemudian
Khalifah Abdul Hameed mengalihkan perhatian beliau kepada musuh-musuh luar
Kerajaan Islam. Beliau telah menjangkakan Revolusi Komunis di Rusia dan
menyedari bahawa itu akan menguatkan Rusia dan menjadikannya lebih merbahaya.
Pada ketika itu, Balkan merupakan sebahagian dari Kerajaan Islam dan sedang
menghadapi tekanan dari Rusia dan Austria. Khalifah Abdul Hameed cuma
menyedarkan negara-negara Balkan ini akan bahaya yang akan mereka hadapi. Beliau
hampir berjaya mencapai persetujuan dengan negara-negara ini. Tetapi ketika
saat-saat akhir pemeteraian perjanjian tersebut, 4 negara Balkan telah belot dan
membuat perjanjian lain mengenepikan Kerajaan Islam Uthmaniyyah atas pengaruh
Rusia dan Austria.

Khalifah Abdul Hamid sedar bahawa konspirasi untuk
menghancurkan Negara Islam adalah lebih hebat daripada yang diketahui umum.
Konspirasi ini terdapat dari dalaman dan luaran. Ketika beliau merasa lega
kerana berjaya membuang Midhat Pasha dan pengikut-pengikutnya, beliau berhadapan
pula dengan Awni Pasha, juga Ketua Jemaah Menteri yang juga merupakan seorang
pemimpin angkatan tentera. Kemudiaannya, Khalifah Abdul Hameed mendapat tahu
bahawa Awni Pasha menerima wang dan hadiah dari pihak England dan juga tentang
peranannya dalam menjatuhkan Abdul Aziz.

Awni Pasha membawa Kerajaan Uthmaniyyah ke dalam peperangan Bosnia
walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui
sekiranya peperangan tercetus, Rusia, England, Austria-Hungary, Serbia,
Montenegro, Italy dan Perancis akan menyerang Kerajaan Islam dan mengambil
Bosnia. Awni memberikan maklumat palsu kepada Khalifah Abdul Hameed tentang
kekuatan tentera Islam di Bosnia. Dia berkata terdapat 200,000 tentera Islam di
sana sedangkan apabila Khalifah Abdul Hameed mendapatkan maklumat dari
pemimpin-pemimpin tentera yang lain, hanya terdapat 30,000 tentera Islam di
Bosnia, berhadapan dengan lebih 300,000 tentera kafir.

Bagaimanapun umum menyukai Awni pada ketika itu dan sekiranya Khalifah Abdul
Hameed cuba memecatnya, kestabilan dalam negara akan terancam. Kuasa-kuasa kafir
Barat, apabila menyedari mereka berhadapan dengan lawan yang kecil bilangannya
telah menyerang Bosnia dengan bantuan empat negara Balkan (Romania, Montenegro,
Serbia dan Austria-Hungary).

Akibat dari peperangan ini, Bosnia
dan Greece telah dirampas dari Kerajaan Islam. Setelah kekalahan tersebut,
barulah Khalifah Abdul Hameed boleh mendapatkan sokongan umum dalam memecat
Awni. Mahkamah mendapati Awni bersalah kerana konspirasi menjatuh kerajaan dan
membantu kuasa asing seperti England.

Kejatuhan 'Orang Sakit Eropah'
kelihatan seperti tidak dapat dielakkan lagi. Semua pihak bersekongkol
menjatuhkannya, termasuklah pihak Yahudi. Pada tahun 1901, seorang pemilik Bank
Yahudi, Mizray Qraow dan 2 lagi pemimpin Yahudi yang berpengaruh datang melawat
Khalifah Abdul Hameed dengan tawaran:

1) Membayar SEMUA hutang Kerajaan
Islam Uthmaniyyah
2) Membina Angkatan Tentera Laut Kerajaan Isslam
Uthmaniyyah
3) 35 Juta Lira Emas tanpa interest untuk membantu perkembangan
Negara Islam Uthmaniyyah

Sebagai Pertukaran Kepada:


1)Membenarkan Yahudi melawat Palestin pada bila-bila masa yang mereka
suka dan untuk tinggal seberapa lama yang mereka mahu "melawat tempat-tempat
suci"

2) Membenarkan Yahudi membina penempatan di tempat mereka tinggal
di Palestin dan mereka mahukan tempat yang hampir dengan Baitul-Maqdis


Khalifah Abdul Hameed enggan berjumpa mereka sekalipun, apalagi menerima
tawaran merreka. Beliau mengutuskan jawapan beliau melalui Tahsin Pasha yang
berbunyi,

"Beritahu Yahudi-yahudi yang
tidak beradab itu bahawa hutang-hutang Kerajaan Uthmaniyyah bukanlah sesuatu
yang nak dimalukan, Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak
memberikan apa-apa kesan kepadanya. Baitul-Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi
Islam ketika Umar ibn Al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan
sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada
Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggung-jawab dan amanah yang diberikan oleh
ummah ini kepadaku. Biarlah Yahudi-yahudi itu menyimpan wang mereka, umat Islam
Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang
musuh-musuh Islam." - (di manakah pemimpin seperti ini pada hari ini? )


Khalifah Abdul Hameed juga menyuruh mereka pergi dan jangan sekali-kali
datang untuk berjumpa dengan beliau lagi. Dengan terlibatnya Yahudi dan Zionis
di dalam konspirasi ini, maka lengkaplah 'peserta-peserta'nya. Kewangan
Yahudilah yang membiayai kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Mereka sanggup
memberikan apa sahaja kerana mereka tahu selagi Khilafah Islam wujub di muka
bumi ini, walau selemah mana, mereka tidak akan dapat menubuhkan sebuah 'Negara
Yahudi' di bumi Palestin.

Yahudi tidak berputus asa dengan kegagalan
mempengaruhi Khalifah Abdul Hameed. Pada akhir tahun yang sama, 1901, pengasas
gerakan Zionis. Theodor Hertzil, melawat Istanbul dan cuba bertemu dengan
Khalifah Abdul Hameed. Khalifah Abdul Hameed enggan bertemu Hertzil dan
mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya,


Nasihatkan Dr. Hertzil supaya tidak mengambil apa-apa
langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam
dari tanah ini kerana ia bukan milikku, ia untuk Ummah Islam seluruhnya. Ummah
Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan
darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan wang dan jutaan mereka. Sekiranya
Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari, mereka boleh mengambil Palestin
tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup, aku lebih rela sebilah pedang
merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin dipecah dan diberikan keluar dari
Negara Islam. Ini ('penjualan Palestin') adalah sesuatu yang tidak akan berlaku,
aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup." -
(ini pendirian Khalifah di saat-saat kehancuran, bagaimanakah tindakannya
sekiranya Khilafah Islam masih kuat ketika itu? Ya Allah, berikan kami peluang
menyaksikannya atau berikan kami Shahid dalam usaha mendapatkannya, Amin
-ed)


Dengan kegagalan ini, Yahudi mendapatkan bantuan British
untuk mencapai impian mereka.Pihak British dan Perancis telah bersedia untuk
menghancurkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Tetapi perkataan JIHAD masih tetap
ditakuti, masih membuatkan seluruh Eropah bergegar. Eropah masih takutkan 'Orang
Sakit Eropah'. Maka British mengambil keputusan menggunakan polisi luarnya yang
paling penting, 'Pecah dan Perintah'. British mula menyokong kumpulan-kumpulan
baru seperti 'Turki Muda' dan 'Arab Muda'. Apabila 'Turki Muda' menjadi
berpengaruh di dalam Negara Islam, Britain hanya perlu berpeluk tubuh,
membiarkan 'Turki Muda' ini meneruskan usaha mereka. 'Turki Muda' memulakan
aliran Kebangsaan dan Perjudis di kalangan penduduk bangsa turki di dalam Negara
Islam. Kesannya, bangsa Arab, Amenia, Kurdish dan lain-lain (Melayu? - jauh
selepas itu) juga mahukan aliran kebangsaan mereka sendiri. Mereka mula
merasakan semangat sebagai sebahagian dari bangsa mereka, tidak lagi sebagai
Umat Islam dan inilah titik mulanya kejatuhan Khilafah Islam.

Kemudiannya, ketika Perang Dunia Pertama, bangsa Arab telah
bersekongkol dengan British dan Perancis dan melancarkan revolusi ke atas
Khilafah Uthmaniyyah. Mereka kemudiannya 'bebas' dari Khilafah Islam dan dijajah
oleh British dan Perancis yang belot ke atas mereka.

Khalifah Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan
Negaranya. Beliau membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada rakyat.
Tentera Uthmaniyyah bukanlah selemah yang dipropagandakan oleh musuh ('Orang
Sakit Eropah'?). Artileri Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan yang paling kuat
di dunia. Tentera Lautnya pula tersusun rapi dan diakui yang ketiga terkuat
selepas British dan Perancis. Banyak industri seperti persenjataan, penenunan
dan sebagainya dimulakan. Sistem jalanraya diperbaharui dan pelabuhan-pelabuhan
dibesarkan. Sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Syria mempunyai lebih
1300 suratkhabar dan majalah.

Pada suatu ketika kelihatan seperti 'Orang Sakit Eropah'
akan bangkit semula, tetapi kuasa-kuasa Barat tidak mungkin membiarkan kesatuan
Ummah ini berterusan. Penduduk minoriti bukan Islam di dalam Kerajaan Islam
digunakan oleh mereka untuk mencetuskan ketidaksatabilan dan kekecohan. Barat
sentiasa mahu campur-tangan dalam urusan dalaman Kerajaan Islam atas alasan
'membela minorit Kristian'.

Mereka juga memulakan kempen pendakyahan
Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah-sekolah Kristian dan
gereja-gereja (buktinya ada di depan mata kita). Matlamat utama mereka adalah
untuk menjauhkan umat Islam daripada Islam yang sebenar dan melibatkan mereka
dengan tabiat sosial dan pemikiran yang tidak Islamik. Media-media cetak juga
ditubuhkan untuk tujuan yang sama (kini dikenali sebagai URTV dan sebagainya),
meracuni pemikiran umat Islam dan mengembangkan idea-idea songsang di kalangan
mereka. Barat juga menyusahkan Kerajaan Islam dengan menggunakan penduduk
minoriti. Mereka menggalakkan dan membiayai revolusi Armenia menentang Kerajaan
Islam. England membantu puak Druze tang sesat


manakala
Perancis menolong 'Maronites' di Lebanon dan kedua pihak ini terlibat dalam
peperangan yang terpaksa diselesaikan oleh tentera Islam. Pada satu ketika
tentera Islam terpaksa menenangkan umat Islam di Damsyik dari membunuh seluruh
penduduk Kristian. Era tersebut penuh dengan konspirasi dari pelbagai arah yang
dirancang oleh Barat dan terpaksa dihadapi oleh Khalifah Abdul Hameed dan
lain-lain umat Islam yang masih jelas pendirian mereka.

Adalah penting
juga untuk kita lihat kedudukan kewangan Kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu.
Ketika Khalifah Abdul Hameed dilantik sebagai Khalifah, hutang Kerajaan Islam
adalah 2.528 Juta Lira Emas Uthmaniyyah. Ketika beliau dijatuhkan, hutang
tersebut hanya tinggal 106 Juta Lira. Beliau berjaya menurunkan hutang sehingga
1/20 daripada jumlah asalnya. 'Turki Muda' yang berkuasa selepas itu 'berjaya'
menaikkan hutang Turki sebanyak 1300%. Melihatkan kejayaan Khalifah Abdul Hameed
membayar hutang-hutang tersebut, jangan disangka beliau tidak membangunkan
negara. Beliau membina talian-talian Fax di antara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan
Turki. Kemudian beliau menghubungkannya ke talian Fax Iran dan India. Beliau
berjaya mendapatkan balik kos projek tersebut dalam masa 2 tahun kerana
kemudahan yang disediakan itu mendapat sambutan hangat terutamanya oleh para
jemaah haji.

Khalifah Abdul Hameed menyedari bahawa satu-satunya harapan
bagi umat Islam adalah Kesatuan Ummah yang jitu. Khalifah Abdul Hameed menyedari
bahawa kuasa-kuasa kuffar Barat cuba memecah-belahkan Negara Islam dan
kemudiannya menguasai setiap satu secara berasingan. Kesatuan Ummah diperlukan.
Beliau mula menyedarkan ummah tentang konsep Khalifah Uthmaniyyah sebagai
pemimpin seluruh dunia Islam (ramai yang telah lupa ketika itu). Umat Islam di
India berjaya difahamkan dan ini menimbulkan masalah kepada British. Kesan yang
sama berjaya diwujudkan dengan umat Islam Rusia dan di selatan USSR. Rusia juga
merasa tertekan. Pada ketika itu, Khalifah Abdul Hameed, menurut catatan
hariannya, merasa tertekan. Beliau memulakan kerjasama dengan Jerman tetapi
kemudian sedar bahawa Jerman juga mahukan sebahagian dari Negara Islam. Beliau
merasakan 'Perang Besar' semakin hampir dan pihak yang berperang inginkan
bahagian-bahagian Negara Islam.

Khalifah Abdul Hameed memerlukan sesuatu
yang besar, yang kuat, sesuatu yang dapat membangkitkan Kesatuan Ummah di
hati-hati umat Islam sedunia. Antara lain, usaha beliau adalah pembinaan Jalan
Keretapi Hijaz (1900). Jalan Keretapi berkenaan adalah dari Damsyik ke Madinah
dan dari Aqaba ke Maan. Ia menjadi simbol Kesatuan Islam. Setiap umat Islam yang
pergi menunaikan haji merasai bagaimana Khalifah berusaha menyatukan mereka. Ia
juga berfungsi sebagai cara yang pantas menghantar unit-unit tentera. Khalifah
Abdul Hameed juga berusaha melancarkan kempen Kesatuan Ummah di selatan Rusia,
India, Pakistan dan Afrika. Beliau mula menjemput ulama'-ulama' Islam dari
Indonesia, Afrika dan India ke Negara Islam Uthmaniyyah. Beliau juga memulakan
program pembinaan masjid dan institusi-instutsi Islam di serata dunia Islam.

Kuasa-kuasa
Barat pula telah bertindak menghimpit dunia Islam. Tunisia melancarkan revolusi
ke atas Khilafah Uthmaniyah pada 1877. Perancis menduduki Tunisia pada 1881
(lihat taktik mereka). Britain menduduki Mesir pada 1882. Belanda menduduki
Indonesia. Rusia menduduki Asia tengah. Britain menguatkan kedudukannya di India
dan Sudan (juga Tanah Melayu).

Akhirnya, pada hari Selasa, 27 April
1909, 240 ahli Senat Kerajaan Uthmaniyyah bersetuju atas tekanan kuat 'Turki
Muda Kebangsaan' untuk menyingkirkan Khalifah Abdul Hameed. Senator Sheikh Hamdi
Afandi Mali telah menulis fatwa penyingkiran tersebut. Pihat Senat
meluluskannya. Terjemahan Fatwa tersebut adalah seperti berikut:



"Sekiranya pemimpin umat Islam
mengambil isu-isu agama yang penting dari buku-buku perundangan dan mengumpulkan
buku-buku tersebut, membazirkan wang Negara dan terlibat dengan perjanjian yang
bertentangan dengan Hukum Islam, membunuh, menangkap, membuang negeri, rakyat
tanpa apa-apa sebab, maka berjanjilah untuk tidak melakukannya lagi dan masih
kelakukannya untuk memeritkan keadaan umat Islam di seluruh dunia Islam maka
pemimpin ini hendaklah disingkirkan dari jawatannya. Sekiranya penyingkirannya
akan membawa keadaan yang lebih baik daripada beliau terus kekal, maka beliau
mempunyai pilihan samada meletakkan jawatan ataupun disingkirkan dari jawatan"


Sheikhul Islam Muhammad Dia' Aldin Afandi

Fatwa ini
sangat aneh dan sesiapapun boleh melihat bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di
dalamnya tidak berkaitan dengan perbuatan dan tindakan Khalifah Abdul Hameed
langsung. Selepas itu Ketua Jemaah Menteri, Tawfiq Pasha telah diminta menyampai
keputusan itu kepada Khalifah Abdul Hameed. Beliau enggan. Maka mereka
menghantar sekumpulan 4 orang; Aref Hikmat, Aram Afandi (bangsa Armenia), As'ad
Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi). Ketika memasuki pejabat beliau, mereka
melihat beliau sedang berdiri dengan tenang. Aref Hikmat membacakan Fatwa
tersebut kepadanya, kemudian As'ad Tobatani mara dan berkata, "Ummah ini telah
menyingkirkan kau dari jawatan Khalifah." Khalifah Abdul Hameed berkata dengan
kemarahan, "Ummah ini telah menyingkirkanku dari jawatanku, tidak
mengapa...tetapi kenapa kamu membawa Yahudi ke dalam Pejabat Khalifah?" dan
beliau menuding ke arah Qrasow. Jelas sekali Yahudi membalas dendam atas
penolakan Khalifah Abdul Hameed untuk menjual Palestin kepada mereka dan mereka
mahu menunjukkan bahawa mereka terlibat menjatuhkannya. Satu cabaran kepada
maruah Khalifah Abdul Hameed dan cabaran kepada maruah Ummah ini, saya dan anda.


Setelah penyingkirannya, ramai penulis-penulis yang menyerang beliau
dari sudut rasmi dan peribadi. Salah seorang dari mereka adalah John Haslib,
bukunya "The Red Sultan" menjadi terkenal dan telah diterjemahkan kepada
beberapa bahasa termasuk bahasa Arab dan Turki. Sebuah buku bahasa Turki "iki me
vrin perde arkasi - yazan : nafiz tansu" oleh Ararat Yayinevi juga merupakan
sebahagian dari propaganda yang cuba menunjukkan bahawa 'Turki Muda' telah
menyelamatkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah daripada kehancuran. Sebuah lagi oleh
penulis Arab-Kristian yang terkenal, Georgy Zaydan, "Stories of the Islamic
History - The Ottoman Revolution." Kesemua buku-buku ini adalah
penipuan-penipuan yang ditulis oleh musuh-musuh Islam. Buku-buku ini
menggambarkan Khalifah Abdul Hameed sebagai seorang yang tenggelam dalam
kemewahan dunia seperti wanita dan arak, dan juga seorang pemerintah yang zalim
ke atas musuh-musuh politiknya dan rakyatnya. Penipuan-penipuan ini tidak
mungkin tertegak kerana kebenaran akan sentiasa terbukti.




Selepas Khalifah Abdul Hameed, muncullah beberapa pemimpin yang lemah.
Mereka tidak mampu memerintah dan hilang kuasa mereka dengan mudah. Seperti yang
dijangkakan oleh Khalifah Abdul Hameed, Peperangan Dunia Pertama meletus dan
Bumi Islam Kerajaan Uthmaniyyah dipecahkan. Orang-orang Arab bangkit menentang
Khalifah di Hijaz dengan bantuan Bristish dan Perancis untuk 'bebas' dibawah
penjajahan 'penolong-penolong' mereka. Bumi Islam Palestin diserahkan kepada
Yahudi. Kalaulah mereka mendengar nasihat Khalifah Abdul Hameed.

'Turki
Muda Kebangsaan' mengambil-alih kuasa dan Mustafa Kamal Ataturk membatalkan
Khilafah Islam pada 1924. Buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam,
kepimpinan Islam yang bersatu sejak zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat,
hilang. Perang Salib berakhir dengan kemenangan bagi Barat.




Hari ini, Ummah ini kembali dibangkitkan dari kehancuran peperangan
Arab-Israel 1967, dari kehancuran Peperangan Bosnia, Peperangan Chechnia,
Peperangan Kashmir, Peperangan Moro, Peperangan Afghanistan. Ummah ini mula
sedar bahawa tanpa Islam mereka tiada kekuatan. Tanpa kesatuan mereka menjadi
hidangan musuh, tanpa Jihad mereka terus dalam kehinaan. Setelah puluhan tahun,
azan kembali berkumandang di Turki dalam bahasa Arab, walaupun sementara.


Kami mohon agar pembaca-pembaca Islam membacakan al-Fatihah untuk roh
Khalifah Abdul Hameed dan semua umat Islam yang menjual jiwa mereka demi
keagungan seluruh Ummah ini. Semoga dengan ini anda kembali jelas dan yakin
dengan perjuangan ini dan hilanglah segala salah-faham dan kesangsian tentang
kenyataan ini.

Mentari Mungkin Telah Terbenam,

Tetapi,
Insya-Allah, Ia Akan Terbit Kembali


kredit:eijad.multiply.com