Sunday, October 26, 2008

.....

assalamualaikum......

alhamdulillah,pada 22 oktober yang lepas ,selepas solat maghrib,Al Mashoor dikunjungi oleh seorang bekas pelajar.....Rupanya beliau ialah Ustaz Ramadhan Fitri Elias(KU BTP AL MASHOOR 1998/99)."Jadi,dia ni la ramadhan fitri"kata seorang rakan kepadaku.Buat pengetahuan,cerita tentang beliau ini sering diceritakan abang-abang senior form 5 kepada adik-adik form 1 yang baru memulakan pelajarannya di al mashoor ini(selain dari cerita-cerita hantu).Beliau menceritakan banyak pengalamannya sepanjang di bumi barakah al mashoor ini serta menyampaikan sedikit tazkirah.......penglibatannya dalam bidang perdebatan bermula dari minggu taaruf yang dikendalikankan oleh abang2 BTP(BADAN TERTINGGI PELAJAR).Sejak dari itu,beliau mewakili al mashoor dalam pertandingan debat yang diadakan di peringkat daerah dan negeri...... Kemuncaknya.. JOHAN PIDATO PIALA DIRAJA 1999.



Berikut ialh petikan dari laman blog NIK NAZMI NIK AHMAD:ADUN SERI SETIA SELANGOR


Di atas pentas bersama bekas lawan bahas!


Semalam di Forum Perdana yang membicarakan Akhlak Remaja Masa Kini, saya digandingkan bersama Ustaz Rejab Selamat dan Ustaz Ramadan Fitri Elias.
Sembilan tahun lalu, Ramadan dan saya merupakan lawan di dalam Pertandingan Perbahasan Piala Dato’ Shukor Abdullah. Kami bertemu di SM Derma Perlis untuk kejohanan zon utara - beliau mewakili SM Al Mashoor yang telah memenangi peringkat Pulau Pinang sementara saya di dalam pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar yang telah memenangi peringkat Perak.
Saya tidak berbahas pada perlawanan tersebut, tetapi kami menang dan akhirnya memenangi zon utara sebelum turut menang di peringkat kebangsaan. Tetapi Ramadan berjaya ‘membalas dendam’ apabila memenangi Pidato Piala DiRaja, menewaskan pembahas lagenda MCKK dan juara bertahan Pidato Piala DiRaja ketika itu, Azizi Ahmad Kamil.
Semalam kami sempat berbual mengenang semula kenangan lama sebelum perbualan beralih ke isu-isu semasa politik tanah air!



...................................................................................................................



juga disampaikan kepada anda ialah petikan dari blog saudara ZainulFakar(juga merupakan bekas ku btp al mashoor)......



Aku sangat kenal kelibat manusia itu. Dahinya ada athar (kesan) sujud. Manusia itu sangat wara’, tawaddu’ dan tidak pernah menyimpan dendam kepada sesiapa sahaja yang menentang dakwahnya di sokolah dahulu.
“Abang Ramadhon!” Pekikan aku hanya didengari oleh hatiku.
“Ah! Mengapa susah sangat aku hendak memanggil Dia,” fikrahku mula radikal.
Mungin kerana terlalu banyak dosaku kepada dia ketika di al-Mashoor dahulu.
Aku pernah membakar baju seragam beliau, kerana marah ditangkap merokok di dalam tandas.
Aku pernah memotong capar kulitnya, kerana terlalu marah; acara lompat pagar olehku di asrama dibongkar olehnya.
Aku pernah ditangkap warden kerana tinggal solat. Digantung sekolah kerana memukul junior. Dan macam-macam lagi.
Aku terlalu benci dan ancam kehidupannya. ‘Batu yang ku baling, buah yang kudapat’
Akhirnya Ramadhan keluar sekolah dengan menjadi ‘Pelajar Terbaik’ SPM.
Beliau pergi melanjutkan pengajian di bumi ulama’ Nilam Puri, UM.
Tahun seterusnya, SPM aku langsung tidak berguna.
“Ya Allah, Pakaq rupanya,” bersahaja Abang Ramadhon.
“Abang ini siapa?” aku berpura-pura tidak kenal dengan Abang Ramadhon demi menyembunyikan dosa-dosa lampau aku kepadanya.
“Laaa, ini Abang Donatelo lah.”
“Abang nampak macam Melayu, tak sangka pula rupa-rupanya India.”
Perut aku macam nak pecah kerana terlalu serius, padahal hati ini sudah meronta-ronta mahu ketawa. Kalau boleh, mahu sahaja ketawa guna speaker Dewan Tenku Canselor (DTC) yang mega-mega itu.
“Tak payah main wayang lah. Yang lepas, abang sudah maafkan,” Abang Ramadhon mengukir senyuman.
“Haaa…!” Rupa-rupanya segala puaka aku sudah diketahuinya.
Aku tidak tahu bumi mana aku ingin huni. Terasa amat malu. Tiada cara lain, kecuali berpura-pura insaf.
Kelopak mataku mula berkaca. Rasa sarat dengan mutiara-mutiara jenih. Air muka berubah suram. Sedih berbaur keinsafan.
“Kenapa susah hati ini? Abang berlawak saja.” Perkenan Abang Ramadhan.
“Sejak bila pula malaikat ini pandai berjenaka?” bisik hatiku.
Walau bagaimanapun, yang penting segala dosa-dosa aku terus menjadi rahsia dalam diriku.
“Ambil bisnescard ini. Selepas Minggu Haluan Siswa (MHS) ini, call nombor abang. Kita buat kenduri-kendara menyambut anak-anak Pulau Pinang di sini,”
Abang Ramadhan memberi signal mengundur diri daripada Aku dan keluargaku demi untuk menemui freshes lain.




terima kasih kerana membaca............

AKU BANGGA MENJADI WARGA AL MASHOOR

1 comment:

KOBOI MALAYA said...

aku juga berbangga menjadi warga Al-Mashoor Lelaki... semoga warga Al-Mashoor sekarang dapat merasai kemanisan pengalaman di Al-Mashoor... amin.

alumni mashoor 98-2002